SHAH ALAM – Kementerian Komunikasi kini mengumpul maklumat terperinci berhubung dakwaan tindakan seorang pegawai sebuah organisasi yang mengasari seorang wartawan secara terbuka, kelmarin.
Menterinya, Datuk Fahmi Fadzil berkata, beliau juga akan menghubungi pegawai-pegawai organisasi berkenaan bagi mendapatkan penjelasan tepat tentang apa yang sebenarnya berlaku.
“Selepas itu, saya mungkin akan memberikan sedikit pandangan kepada individu terbabit,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran Kenderaan Autonomi Pos Malaysia di Pusat Mel Nasional di sini, hari ini.
Semalam, Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJM) mengecam insiden yang berlaku ketika wartawan itu bertanya soalan berhubung satu kejadian di sebuah negeri. – KOSMO! ONLINE














