fbpx
JENTERA berat Israel merobohkan ibu pejabat UNRWA di Baitulmuqaddis Timur semalam. – AFP

Jentolak Israel roboh ibu pejabat agensi PBB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BAITULMUQADDIS – Jentolak-jentolak  Israel merobohkan ibu pejabat agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) di Baitulmuqaddis Timur semalam,  dalam apa yang disifatkan organisasi tersebut sebagai ‘serangan yang belum pernah berlaku  sebelum ini’.

Jurucakap UNRWA, Jonathan Fowler berkata, tentera Israel menyerbu kompleks milik PBB itu sejurus selepas pukul 7 pagi(waktu tempatan) dan mengusir pengawal-pengawal keselamatan sebelum sejumlah jentolak tiba dan mula merobohkan bangunan.

“Ini serangan yang belum pernah terjadi  terhadap UNRWA dan premisnya. Ia juga merupakan pelanggaran serius undang-undang antarabangsa dan keistimewaan serta kekebalan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB).

“Apa yang berlaku hari ini(semalam) kepada UNRWA boleh berlaku esok hari kepada mana-mana organisasi antarabangsa atau misi diplomatik di seluruh dunia,” kata Fowler.

Sementara itu, Setiausaha Agung PBB,  Antonio Guterres menggesa Israel segera menghentikan perobohan tersebut  dan mengembalikan serta membaik pulih kompleks  UNRWA lain kepada PBB  tanpa berlengah, kata jurucakapnya, Farhan Haq kepada wartawan.

Kementerian Luar Israel bagaimanapun berkata, Israel merupakan tuan punya tanah di mana kompleks UNRWA itu berada. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI