fbpx
KOVAC memiliki pengalaman yang dianggap luas, malah berjaya mengangkat semula prestasi Dortmund ketika ini. - AFP

EPL: Man. United ada calon pengurus baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANCHESTER – Calon pengendali baharu Manchester United terus menjadi teka-teki biarpun laporan terbaharu mengaitkan pasukan itu dengan jurulatih yang sedang mengendalikan pasukan di Bundesliga.

Selepas pemecatan Ruben Amorim, United melantik Michael Carrick sebagai pengurus interim sehingga penghujung musim ini dan dianggap lulus ujian pertama selepas membantu pasukan itu menewaskan musuh setempat, Manchester City pada aksi debutnya.

Bagaimanapun, ramai pemerhati berpendapat bahawa Carrick tidak akan dilantik sebagai pengurus tetap sebaliknya United dilapor sedang memantau secara dekat perkembangan jurulatih Borussia Dortmund, Niko Kovac.

Laporan menyebut bahawa Kovac merupakan salah satu calon yang dicadangkan oleh Pengarah Pemantau Bakat United, Christopher Vivell yang mahu membawa beliau menikmati pengalaman pertama dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Kovac mengambil alih tugas di Signal Iduna Park pada Januari 2025 dan baru sahaja menandatangani lanjutan kontrak sehingga 2027 kira-kira enam bulan lalu.

Bekas pemain Bayern Munich itu sebelum ini memiliki pengalaman mengemudi beberapa kelab, Eintracht Frankfurt, Bayern Munich, Monaco dan Wolfsburg selain pernah membimbing pasukan kebangsaan Croatia.

Kovac sebelum ini hampir ke England ketika Tottenham Hotspur berminat unutk mendapatkan khidmatnya sebelum mereka berubah fikiran dan melantik Nuno Espirito Santo yang menggantikan Jose Mourinho.

Biarpun Kovac menjadi nama baharu buruan United, beberapa calon lain seperti Oliver Glasner, Gareth Southgate, Thomas Tuchel, Julian Nagelsmann, Luis Enrique dan Carlo Ancelotti kekal dalam perhatian mereka. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI