fbpx
Susu tepung yang dirampas AKPS KLIA di Zon Perdagangan Bebas Kargo KLIA, semalam. FOTO IHSAN AKPS

AKPS KLIA rampas susu tepung RM831 guna permit Maqis mengelirukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEPANG – Susu tepung bernilai RM831.23 dirampas Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dalam satu pemeriksaan Zon Perdagangan Bebas (FCZ) Kargo KLIA, semalam.

AKPS berkata, rampasan itu dibuat pada semalam kira-kira pukul 10.25 pagi hasil semakan terhadap satu konsainan yang didapati mengemukakan Permit Import Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) yang mengelirukan.

Menurut kenyataan tersebut, rampasan melibatkan susu tepung seberat enam kilogram yang dibawa masuk ke negara ini.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 13, Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan
Malaysia 2011 (Akta 728) kerana mengemukakan Permit Import Maqis yang
mengelirukan.

“Kesemua barangan rampasan telah ditahan mengikut prosedur yang ditetapkan bagi tujuan siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah kenyataan itu, AKPS KLIA akan terus memperkukuhkan penguatkuasaan dan pemantauan di pintu masuk negara.

“(Ini) bagi memastikan semua pengimport mematuhi sepenuhnya peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa demi menjamin keselamatan serta kepentingan negara,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI