fbpx
APKS merampas gamat kering tanpa permit import yang sah di KLIA.

Gamat kering 4 kilo tanpa permit import dirampas AKPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEPANG – Satu konsainan komoditi keluaran pertanian gamat kering diimport tanpa Permit Import Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan (Maqis) yang sah dirampas dalam satu pemeriksaan di Free Commercial Zone KLIA Kargo, di sini semalam.

Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) dalam kenyataan berkata, rampasan dilaksanakan oleh Bahagian Pemeriksaan Barangan Kargo KLIA pukul 9.38 pagi semalam.

Menurutnya, semakan mendapati komoditi berkenaan diimport dari Korea oleh seorang individu tempatan.

“Pemeriksaan lanjut mendapati konsainan tersebut tidak disertakan Permit Import Maqis yang sah.

“Sebanyak satu kotak gamat kering dengan berat keseluruhan empat kilogram dan bernilai anggaran RM203.99 telah dirampas untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) berkaitan pengimportan tanpa Permit Import Maqis. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI