fbpx
MOHD. DZULKARNAIN (kiri) ditemani Presiden Persatuan Peranakan Baba Nyonya, Datuk Ronald Gan ketika ditemui pemberita di Kompleks KDN Ayer Keroh, Melaka, hari ini.

13 tahun menunggu, permohonan pinda etnik Baba Nyonya meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Selepas menunggu selama 13 tahun, etnik Baba Nyonya akhirnya boleh memohon pindaan status bangsa pada kad pengenalan, dengan jumlah permohonan semakin meningkat.

Pengarah JPN Melaka, Mohd. Dzulkarnain Baharuddin berkata, setakat ini sebanyak 22 daripada 71 permohonan yang diterima telah diluluskan.

Katanya, usaha itu merupakan inisiatif Persatuan Peranakan Baba Nyonya Malaysia yang mendapat perhatian pihak kementerian sebelum diamanahkan kepada JPN untuk pengurusan.

“Pada 2 Januari lalu Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, Datuk Badrul Hisham Alias memaklumkan kira-kira 50 permohonan berkaitan pindaan status bangsa pada kad pengenalan kepada Baba Nyonya telah diterima, dan jumlah itu kini meningkat kepada 71 permohonan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Perhimpunan Bulanan dan Amanat Pengarah JPN Melaka Sempena Tahun Baharu 2026 di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) Ayer Keroh, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN