SALAH seorang pekerja Indonesia yang mencari rezeki sebagai pekerja ladang di Raub, Pahang.

‘Bina rumah lebih selesa di Lombok’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

RAUB – Rata-rata pekerja Indonesia yang mencari rezeki di negara ini mengakui kehidupan keluarga mereka di kampung halaman semakin baik susulan pengukuhan nilai ringgit berbanding rupiah sejak kebelakangan ini.

Malah, ada antara mereka menjelaskan situasi ketika ini ibarat ‘satu bonus’ yang tidak disangka-sangka selepas sekian lama hidup sebagai perantau.

Pekerja ladang kelapa sawit asal Lombok, Zainuddin, 28, berkata, jumlah wang yang dikirim ke kampung sebelum ini tidak menentu kerana bergantung kepada pendapatan bulanan yang berubah-ubah mengikut hasil kerja.

“Kalau gaji banyak, saya hantar banyak. Contohnya bulan le­pas gaji saya RM2,300 hasil potong buah sawit, jadi saya kirim se­hingga 4 juta rupiah kepada keluarga,” katanya.

Zainuddin yang telah bekerja sebagai buruh ladang sejak sembilan tahun lalu berkata, dia sebelum ini bekerja di ladang sawit di Muadzam Shah sebelum berhijrah ke daerah ini kira-kira empat tahun lalu demi peluang pekerjaan yang lebih baik.

“Di Lombok ada ibu, isteri dan seorang anak. Hasil kerja di Malaysia, saya dapat bina rumah yang lebih selesa untuk mereka. Itu satu kebanggaan buat saya.

“Wang kiriman tersebut digunakan untuk perbelanjaan harian, kos persekolahan anak serta simpanan masa depan, apatah lagi ketika ini kos sara hidup semakin meningkat.

“Sekarang harga barang naik. Jadi saya memang perlu kerja le­bih keras supaya keperluan ke­luarga di Lombok cukup,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN