fbpx
Tangkap layar video dimuat naik Zulkifli di media sosial.

[VIDEO] Menteri agama lancar ‘teaser’ lagu nasyid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hassan memuat naik ‘teaser’ rakaman video muzik lagu terbaharunya berjudul Dunia Indah Bersama di media sosial.

Menerusi hantaran tersebut, Dr. Zulkifli berkata, lagu berkenaan membawa mesej untuk menyuburkan kembali kasih sayang dan mempereratkan tali persaudaraan sesama masyarakat.

“Yang jauh didekatkan, yang dekat dirapatkan semula,” katanya ringkas dalam kapsyen hantaran berkenaan.

Menurut beliau, lirik lagu itu ditulis bersama Zawfan dan Mirwana selain menampilkan elemen nostalgia seperti iringan kompang dan gendang.

Dr. Zulkifli turut mengimbau kenangan lama ketika bergiat aktif dalam dunia nasyid suatu ketika dahulu.

“Terkenang zaman menjadi ‘tekong’ nasyid di Madrasah Idrisiah Kuala Kangsar dulu,” ujarnya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI