fbpx
Gambar hiasan

Tikam pelajar perempuan: Tertuduh layak dibicara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Mahkamah Majistret di sini diberitahu bahawa keputusan laporan psikiatri pelajar lelaki yang didakwa membunuh seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun dalam kejadian di sebuah sekolah menengah tahun lalu layak untuk dibicarakan.

Perkara itu dimaklumkan peguam Kitson Fong yang mewakili tertuduh yang juga pelajar lelaki 15 tahun pada sebutan kes itu dalam prosiding secara tertutup di hadapan Majistret Amira Sariaty Zainal hari ini.

Menurut peguam itu, pakar psikiatri dari Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak mendapati tertuduh berupaya memahami perkara yang berlaku dalam prosiding mahkamah.
“Tertuduh berupaya untuk dihadapkan ke mahkamah untuk dibicarakan serta mampu membela diri. Laporan psikiatri itu turut mengarahkan tertuduh ditempatkan di sebuah pusat yang digambarkan sebagai penjara untuk kanak-kanak, iaitu Pusat Koreksional Puncak Alam di Selangor,” kata peguam tersebut selepas prosiding kes.

Justeru Kitson berkata, mahkamah kemudian menetapkan 6 Februari ini untuk sebutan semula kes.

Dalam prosiding hari ini, peguam Nur Izni Syazwani Ahmad hadir sebagai peguam pemerhati bagi pihak ibu si mati.

Mengikut pertuduhan, remaja lelaki berusia 14 tahun itu (ketika kejadian) didakwa membunuh seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun di bilik tandas perempuan sebuah sekolah di Bandar Utama di sini antara pukul 9.20 hingga 9.35 pagi pada 14 Oktober 2025.

Justeru, pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan maksimum 40 tahun serta tidak kurang 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Pada 22 Oktober lalu, tertuduh diperintah menjalani penilaian psikiatri di Hospital Bahagia Ulu Kinta di Perak yang mana mahkamah membenarkan permohonan pihak pembelaan mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah.

Kosmo! sebelum ini melaporkan jasad pelajar perempuan yang maut ditikam di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, Petaling Jaya selamat disemadikan.

Sejurus selepas kejadian itu, keluarga mangsa dalam satu sidang akhbarnya mendakwa terdapat kira-kira 200 tikaman ditemui pada badan remaja perempuan tersebut yang ditemui mati dalam tandas di sekolah itu.

Ibu mangsa, berkata, berdasarkan penjelasan ahli patologi, kecederaan yang dialami anak bongsunya itu meliputi bahagian leher, termasuk bahagian rusuk, namun tiada kesan tikaman pada muka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI