fbpx
Pergerakan keluar masuk pengembara di Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam, semalam.

Enam warga Bangladesh gagal masuk Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BUKIT KAYU HITAM – Cubaan enam warga Bangladesh untuk memasuki negara ini menerusi Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam di sini semalam gagal apabila mereka diarah berpatah balik ke negara asal.

Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Bukit Kayu Hitam, Senior Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir berkata, langkah penolakan lima lelaki dan seorang wanita itu dibuat mengikut Akta Imigresen 1959/63.

“Kesemua mereka diarah berpatah balik ke Thailand untuk pulang ke negara asal. Tiada sebarang rampasan dilakukan dalam operasi itu,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, pihaknya turut menolak kemasukan tiga lagi individu dari Taiwan, India dan Hong Kong.

“Dua lelaki Taiwan dan India ditolak kemasukan kerana disyaki bukan pelancong tulen dan tinggal melebihi tempoh dibenarkan dengan hanya menggunakan pas lawatan sosial. Seorang wanita Hong Kong pula ditolak kerana mempunyai nama dalam senarai syak jabatan,” ujarnya.

Tambahnya, pihaknya akan terus memastikan pintu masuk negara sentiasa berada dalam kawalan rapi serta tidak disalahgunakan oleh mana-mana pihak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN