fbpx

‘Jarang ayah berstatus duda meroyan, mereka pun tersakiti’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fadzley Yaakob meminta orang ramai memberi ruang dan rasa simpati terhadap mana-mana lelaki terutama berstatus bapa tunggal yang berusaha mencari nafkah untuk anak-anaknya.

Menurut Fazley, 47, masyarakat sering dilambakkan dengan cerita tentang golongan bapa tunggal culas membayar nafkah tetapi realitinya mereka berjuang melunaskan tanggungjawab tersebut.

“Jarang mendengar golongan ayah berstatus duda meroyan dalam media sosial sedangkan mereka turut tersakiti.

“Kita selalu dengar kisah bekas suami tak bayar nafkah tetapi yang kita tidak tahu betapa mereka berusaha bermati-matian untuk mencari duit menyara hidup anak-anak.

“Dengan perlu jaga keluarga sendiri iaitu ibu bapa dan adik-beradik serta bayar hutang-hutang ketika kahwin dulu yang masih berbaki,” katanya dalam platform Threads.

Dia yang juga seorang bapa tunggal kepada empat orang cahaya mata berharap masyarakat tidak mudah melemparkan pandangan negatif atau menjatuhkan hukum sendiri terhadap mana-mana lelaki yang sedang berjuang membayar nafkah.

“Jadi tolong jangan mudah marah bekas-bekas suami yang masih berusaha nak bayar nafkah,” katanya lagi.

Dalam hantaran berbeza, dia juga meminta masyarakat bersikap adil dalam memberikan layanan terhadap golongan bapa tunggal seperti diberikan kepada ibu tunggal.

“Biasanya golongan duda diraikan, jada dipinggirkan.

“Manakala bapa tunggal tidak diberikan perhatian dab ibu tunggal sering mendapat belas kasihan.

“Memang susah ke untuk masyarakat berlaku adil?” ujarnya.

Perkongsian tersebut seterusnya meraih pelbagai respon daripada netizen termasuk yang menyokong dan sebaliknya.

Untuk rekod, Fazley dan Azrene mendirikan rumah tangga pada 2006 dan dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ahmad Fariedz Shah, 17, Ahmad Fieradz Shah, 16, Ahmad Fierudz Shah, 15, serta Alayna Selma kini berusia 9 tahun.

Pasangan itu sah bercerai pada Oktober 2024 selepas penyanyi tersebut memfailkan perceraian beberapa bulan sebelumnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN