fbpx
Ab. Rauf Yusoh mengangkat tangan Dr. Muhamad Akmal selepas pengumuman perletakan jawatan sebagai Exco Negeri Melaka ketika Ucapan Dasar Ketua Pergerakan Pemuda UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2025 di WTC, hari ini. Foto oleh MUHAMAD IQBAL ROSLI / KOSMO!

Saya hormat keputusan Akmal – Ab. Rauf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh menghormati keputusan peletakan jawatan Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh sebagai Exco negeri itu.

Bagaimanapun kata beliau, keputusan Ketua Pemuda UMNO itu akan diteliti terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan dibuat.

Jelasnya, keputusan yang dibuat Dr. Muhamad Akmal itu sebagai satu tindakan yang selari dengan peranannya sebagai Ketua Pemuda.

“Saya hormat keputusan Muhamad Akmal kerana beliau ‘berkarya’ cara Pemuda UMNO. Saya akan teliti dan menilai daripada pelbagai sudut bagaiman mahu uruskan isu ini,” katanya ketika ditemui di Perhimpunan Agung UMNO 2025 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) hari ini.

Terdahulu, Dr. Muhamad Akmal mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan yang disandang sejak April 2023 itu ketika menyampaikan ucapan dasar Perhimpunan Agung Pemuda UMNO hari ini.

Dr. Muhamad Akmal berkata, keputusan itu dibuat selepas mengadakan perbincangan dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ab Rauf. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN