fbpx
SEORANG guru didakwa mendera seorang murid lelaki. - Foto Facebook

Murid autisme dikunci dalam almari sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Seorang ibu di Thailand menuduh pihak polis melengahkan siasatan terhadap dakwaan penderaan fizikal terhadap anak lelakinya yang menghidap autisme oleh seorang guru wanita, lapor laman berita Thaiger semalam.

Kanak-kanak berusia 12 tahun itu juga didakwa dicederakan menggunakan pembaris tajam dan dikunci di dalam almari di sebuah sekolah di wilayah Nonthaburi.

Wanita dikenali sebagai A itu mendapatkan bantuan daripada Porramate Chaipatcharakunpong, seorang penasihat Menteri Pendidikan selepas aduannya difailkan di Balai Polis Bang Bua Thong.

Kata wanita tersebut, dia mula menyedari sesuatu yang tidak kena setelah melihat perubahan dalam tingkah laku anaknya. 

Kanak-kanak itu lebih kerap menangis, berulang kali menulis perkataan ‘locker’ atau almari termasuk ‘sedih’ di atas kertas, serta sering menyatakan sakit, degil dan masuk almari.

Selepas beberapa kali bercakap dan menenangkannya, kanak-kanak itu akhirnya memberitahu bahawa dia didera oleh seorang guru perempuan di sekolah tersebut.

Menurut mangsa, guru tersebut menghukumnya dengan mencederakan kaki menggunakan pembaris sebelum menguncinya di dalam almari selama hampir sejam. 

Kanak-kanak itu dilaporkan menjadi takut untuk pergi ke sekolah dan menunjukkan tanda-tanda tekanan emosi selepas kejadian yang berlaku pada Disember tahun lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI