fbpx
Tangkap layar hantaran mesej ibu yang meminta anaknya dilantik sebagai ketua kelas.

Ponteng hari pertama, ibu ‘booking’ jawatan ketua kelas untuk anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang ibu yang menghantar mesej kepada guru kelas memohon agar anaknya dilantik sebagai ketua kelas walaupun tidak dapat hadir pada hari pertama persekolahan mencuri tumpuan ramai.

Menerusi tangkap layar perkongsian Threads tersebut, ibu berkenaan memohon agar memberikan jawatan ketua kelas kepada anaknya sekiranya ada pelantikan jawatan.

“Assalamualaikum cikgu, anak saya tidak dapat hadir hari pertama persekolahan sebab masih di Bali. Kalau boleh, boleh tak bagi anak saya jadi ketua kelas jika buat pelantikan jawatan?,” tulisnya di hantaran mesej tersebut.

Tangkap layar tersebut turut dimuat naik semula di TikTok oleh @hanifkedua2.

“Amboi, sudah tidak datang, selepas tu nak jadi ketua kelas pula. Dahsyat ya ibu bapa sekarang ni. Patutlah anak-anak generasi sekarang pun lain macam,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Menurut garis panduan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), jawatan Ketua Kelas merupakan salah satu peranan yang mendapat markah tertinggi sebanyak 10 markah.

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial yang rata-rata terkejut dengan keberanian ibu tersebut dan sikap ibu bapa yang memberi impak negatif terhadap generasi muda.

“Ibu bapa ramai saja macam ni, nak jawatan untuk anak tetapi anak tu belum tentu layak,” komen Random Musings.

“Adoi, boleh pula main minta-minta begitu. Dia yang mesej, saya pula yang rasa malu,” kata Rosni Awang.

“Kalau saya, saya akan jawab terus saja. Beritahu implikasi kepada anak atau pelajar bila ibu bapa perangai begini. Biar mereka sedar dan faham,” komen @elqskhaleesa – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN