SEBELUM ini pernah nafi tetapi khabar angin mengenai pergolakan rumah tangga Zizi Kirana dengan Yusuf Bahrin kembali bertiup kencang dalam media sosial.
Diva pun terkejut sebab Yusuf dan Zizi sebelum ini nampak bahagia saja tetapi ada pula netizen mendakwa perkahwinan mereka sedang retak menanti belah.
Paling membuatkan ramai tertanya-tanya apabila Yusuf memuat naik kompilasi foto sepanjang tahun 2025 tetapi tidak terselit satu pun gambar isteri tercinta.
Bila sudah begitu, memang lajulah orang ramai buat spekulasi tetapi mungkin juga nak elak penyanyi ain.
Cuma risau juga kalau dakwaan sebegitu benar tetapi Diva tetap harap semua itu hanya sekadar khabar angin sahaja. Harap rumah tangga mereka kekal bahagia hingga ke syurga ya, insya-Allah.
DIVA: Hebat betul penangan konsert Legacy 30 Datuk Siti Nurhaliza, penuh LRT dengan peminat berbaju warna silver silau dibuatnya!














