fbpx
RUNTUHAN sampah di kampung Binaliw, bandar Cebu. - Foto AFP

‘Gunung’ sampah runtuh, 38 orang hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANILA – Seorang mangsa terbunuh dalam satu runtuhan besar sampah yang turut mencederakan 13 orang, manakala 38 lagi masih hilang, lapor portal berita VnExpress yang memetik kenyataan pihak berkuasa hari ini.

Menurut polis, puluhan anggota pasukan penyelamat berjaya mengeluarkan 13 orang dalam keadaan masih hidup. Mereka meneruskan usaha mencari mangsa yang hilang.

Semua mangsa terperangkap selepas timbunan sampah, tanah dan serpihan runtuh petang semalam di kampung Binaliw, bandar Cebu, Filipina.

Pekerja-pekerja tapak pelupusan sampah antara yang terjejas, namun masih belum jelas sama ada terdapat penduduk berhampiran atau individu lain yang turut tertimbus.

Pengarah Polis Wilayah Cebu, Brigedier Jeneral Roderick Maranan berkata, seorang pekerja wanita di tapak pelupusan yang berjaya diselamatkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Katanya, mangsa-mangsa lain yang cedera telah dimasukkan ke hospital.

Seorang kakitangan pejabat di tapak pelupusan itu, Jaylord Antigua, 31, berkata, runtuhan timbunan sampah itu berlaku dengan pantas tanpa sebarang amaran, walaupun cuaca ketika itu baik.

Runtuhan sisa buangan tersebut memusnahkan pejabatnya. Dia berjaya menyelamatkan diri namun, mengalami lebam di muka dan tangan selepas merangkak keluar dari bawah timbunan runtuhan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI