fbpx
Halaman Facebook dipercayai palsu tidak mempunyai sebarang kaitan dengan IJM Malaysia.

IJM Malaysia buat laporan polis, nafi terlibat kes penipuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – International Justice Mission Malaysia (IJM Malaysia) mengesahkan telah membuat laporan polis berhubung satu kes penipuan membabitkan penggunaan laman Facebook palsu yang menyamar sebagai organisasi berkenaan.

IJM Malaysia dalam kenyataan berkata, pihaknya tidak pernah menawarkan perkhidmatan mendapatkan semula wang serta tidak meminta maklumat peribadi, bayaran atau butiran perbankan melalui media sosial atau mana-mana platform.

“International Justice Mission (IJM) Malaysia ingin menjelaskan bahawa kami tidak mempunyai sebarang kaitan dengan entiti yang dirujuk sebagai ‘International Justice Malaysia’ seperti dilaporkan dalam berita berkaitan satu kes penipuan baru-baru ini,” katanya, hari ini.
IJM Malaysia berkata, pihaknya merupakan sebuah organisasi bukan keuntungan yang memberi tumpuan kepada usaha melindungi orang ramai daripada pemerdagangan manusia, buruh paksa serta pelbagai bentuk eksploitasi, selain menjadi sebahagian daripada rangkaian global International Justice Mission.

Organisasi itu memaklumkan pihaknya mula menyedari laporan media mengenai kewujudan satu akaun Facebook palsu yang menyamar sebagai IJM Malaysia, sekali gus mendorong penjelasan dibuat kepada orang ramai.

“Pada 19 November 2025, IJM Malaysia dimaklumkan mengenai kewujudan satu laman Facebook tidak dibenarkan yang menyamar sebagai organisasi kami.

“Laman berkenaan telah dilaporkan kepada Meta pada hari yang sama dan amaran awam turut dikeluarkan bagi menasihatkan orang ramai supaya tidak berurusan dengannya,” katanya.

Menurutnya, akaun Facebook palsu berkenaan juga diturunkan.

Tambahnya, IJM Malaysia akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) susulan nasihat yang diterima daripada pihak polis. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI