fbpx
Gambar hiasan

Guru lelaki ‘sentuh’ murid lelaki dijel 8 tahun, 6 sebatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Seorang guru warga Indonesia dijatuhi hukuman penjara lapan tahun penjara dan enam sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang murid lelaki tahun lalu.

Hakim Tasnim Abu Bakar memerintahkan Kumpul, 40, dipenjara empat tahun dan tiga sebatan bagi pertuduhan pertama dan penjara empat tahun serta tiga sebatan untuk pertuduhan kedua.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara itu berjalan secara berasingan bermula dari tarikh tangkap pada 25 Disember 2025.
“Tertuduh juga diperintahkan menjalani khidmat kaunseling selama tempoh pemenjaraan serta menjalani pengawasan polis selama dua tahun setelah selesai menjalani hukuman penjara,” kata hakim itu.

Mahkamah turut memerintahkan mangsa menjalani sesi kaunseling dan ditempatkan di bawah pemantauan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sehingga JKM berpuas hati bahawa kanak-kanak berkenaan dipulihkan.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu terhadap mangsa yang kini berusia 11 tahun di dua lokasi berbeza sebuah sekolah rendah agama di sini pukul 3 petang antara April 2024 dan November 2025.

Justeru pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 serta Seksyen 16(1) akta sama.

Seksyen 14(a) memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan manakala Seksyen 16(1) memperuntukkan hukuman maksimum penjara lima tahun dan minimum dua sebatan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Siti Pervinah Mohamad Yusof memohon hukuman setimpal dengan mengambil kira mangsa dalam kes ini adalah seorang kanak-kanak yang menimbulkan kesan psikologi terhadap mangsa dan ia tidak boleh dipandang remeh.

“Tertuduh merupakan seorang guru yang mengajar mata pelajaran Al-Quran, Akidah dan Fekah.Tertuduh sepatutnya bertanggungjawab menjaga serta melindungi mangsa.

“Perlakuan berulang tertuduh telah menyebabkan trauma kepada mangsa, sekaligus meningkatkan risiko psikologi jangka panjang dalam kehidupan mangsa,” katanya.

Bagaimanapun tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan selain meminta maaf dengan perbuatannya.

“Saya minta maaf pada semua kerana tidak boleh control (kawal) nafsu sendiri kerana tak dapat hubungan dengan isteri sendiri,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI