fbpx
TANGKAP layar video lelaki Singapura mengisi RON95 ke kenderaan yang nombor plat disolatape bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

[VIDEO] Perompak terhormat curi RON95, siap ‘sellotape’ nombor plat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Meskipun pelbagai usaha dilakukan pihak kerajaan untuk memastikan warga asing tidak dibenarkan membeli minyak petrol RON95 namun ‘perompak terhormat’ khususnya warga Singapura tetap degil mencuri bahan bakar itu.

Malah mereka dikesan semakin licik untuk mengisi petrol pada harga murah dari negara mereka dengan menutup nombor plat kenderaan untuk mengaburi mata pihak berkuasa serta pekerja stesen minyak.

Satu rakaman video kejadian itu tular di laman facebook sehingga menimbulkan pelbagai reaksi netizen.

Menerusi video berdurasi satu minit 30 saat memaparkan seorang lelaki dewasa dilihat sedang mengisi minyak petrol RON95 di sebuah stesen minyak disyaki di daerah Kulai ke dalam kenderaan bernombor pendaftaran Singapura.

Lelaki itu bertindak menutup beberapa huruf nombor pendaftaran dengan ‘silatape’ untuk dilihat seolah-olah nombor plat itu adalah nombor pendaftaran Malaysia.

Dalam video berkenaan juga, seorang lelaki tempatan bertindak menegur lelaki terbabit dengan bertanyakan samada dia warga tempatan atau Singapura.

Lelaki memakai baju belang itu menafikan tuduhan itu dengan memaklumkan bahawa dia warga tempatan sebelum seorang wanita keluar dari kenderaan mendekati lelaki tempatan dan memaklumkan perkara sama bahawa mereka adalah warga Malaysia.

Lelaki tempatan turun dari kenderaan dan cuba mencabut pita pelekat yang ada pada nombor pendaftaran kenderaan Singapura namun mereka cepat-cepat berhenti mengisi dan melarikan diri.

Rata-rata netizen memuji tindakan lelaki tempatan menegur warga Singapura yang sedang merompak minyak RON95 pada harga rendah yang dikhaskan hanya untuk warga tempatan sahaja.

Warga asing hanya dibenarkan membeli petrol RON97 pada harga RM3.16 seliter.

Netizen juga berharap pihak berkuasa khususnya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengambil tindakan tegas terhadap pesalah serta pengusaha pam minyak yang membenarkan warga asing mengisi RON95.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN