fbpx
Laporan Kosmo! Online malam tadi berhubung bantuan daripa Avaa terhadap jemaah umrah yang terkandas di Madinah.

[VIDEO] ‘Duit dah masuk sikit, perlukan RM70,000 untuk balik Malaysia’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seramai 36 jemaah umrah dilaporkan terkandas di Madinah kini memerlukan sumbangan lebih RM70,000 bagi membeli tiket pesawat serta beberapa urusan lain untuk kembali ke tanah air.

Pelakon Avaa Vanja yang tampil menghulurkan bantuan kepada mereka di Madinah berkata, sumbangan diterima itu daripada pihak yang enggan dikenali dan dia mengalu-alukan orang ramai untuk terus menyumbang bagi membawa kumpulan itu ke Malaysia.

“Sikit saja sumbangan dah masuk, kini memerlukan sekurang-kurangnya RM60,000 ke RM70,000 lebih. Kalau dapat saja duit itu Sabtu atau Ahad ini, insya-Allah kita boleh terbangkan mereka Isnin ini.

“Tapi kalau bantuan tu tak dapat, kita kena terbangkan mereka pada 8 Januari, bagi masa sikit,” katanya kepada Kosmo! hari ini.

Avaa berkata, ada pihak yang ingin membantu sedang membuat percaturan sama ada untuk memindahkan kesemua jemaah tersebut ke Mekah semula.

“Hotel murah sikit di sana, makanan lagi sedap, jadi mereka terjagalah. Hotel dan bas, kita akan bantu ditambah lagi dengan sumbangan yang masuk, boleh bantu dari segi bayaran,” katanya.

Malam tadi Kosmo! Online melaporkan, seramai 36 jemaah umrah dilaporkan terkandas di Madinah selepas didakwa belum mendapat tiket penerbangan pulang ke Malaysia daripada pihak agensi, merayu sumbangan mana-mana pihak bagi membantu kepulangan mereka ke tanah air.

Jemaah tersebut memerlukan kira-kira RM90,000 untuk pembelian tiket pesawat dijangka berlepas pada 8 Januari, manakala tambahan RM20,000 bagi kos hotel yang perlu dipanjangkan tempoh serta logistik termasuk pengangkutan bas.

Avaa yang juga mutawifah serta berada di Madinah ketika ini, turut bertemu jemaah tersebut bagi menghulurkan bantuan selain berbincang perancangan untuk urusan kepulangan mereka.

Seramai 36 jemaah umrah termasuk 11 kanak-kanak dan seorang warga emas berkerusi roda sebelum ini dilaporkan hidup seperti nomad apabila dikatakan terpaksa berpindah-randah hotel di Mekah dan Madinah beberapa kali, berikutan pihak agensi didakwa gagal membuat tempatan awal.

Bahkan, lima daripada jemaah itu sepatutnya kembali ke Malaysia pada 30 Disember, tidak dapat berbuat demikian berikutan tiket didakwa belum ditempah oleh pihak agensi, manakala baki yang lain pulang ke tanah air pada hari ini belum mendapat tiket tersebut.

Mereka yang mahu menghulurkan sumbangan bagi membawa pulang kumpulan tersebut boleh menghubungi wakil jemaah, Ahmad Rifaei (013-2223027) atau Avaa Vanja (012-3861199).– KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN