fbpx

‘Bila dah mula kerja, setiap tahun cuba hadiahkan emas untuk ummi’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sebagai tanda tidak melupakan jasa serta pengorbanan, pelakon dan pengacara Uyaina Arshad menghadiahkan seutas gelang tangan emas buat ibu tersayang.

Menurut Uyaina atau nama lengkapnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 33, penghargaan itu dilakukan sebagai tanda terima kasih atas pengorbanan ibu yang bersusah payah membesarkan anak-anak.

“Waktu kecil dulu, ummi banyak bergolok-gadai, bersusah-payah nak sekolahkan kami adik-beradik ke menara gading.

“Kami keluarga biasa-biasa, apa adanya tapi serba cukup. Alhamdulillah.

“Jadi bila saya dah mula kerja, setiap tahun saya akan cuba hadiahkan emas untuk ummi saya,” katanya dalam Instagram.

Dalam masa sama, bekas pengacara program bual bicara Wanita Hari Ini (WHI) itu berharap dapat memberikan hadiah emas buat ibunya setiap tahun.

“Doakan saya dimewahkan rezeki supaya saya dapat teruskan tradisi ini untuk tahun-tahun yang mendatang,” jelasnya.

Dalam video tersebut, ibunya kelihatan tidak dapat menahan sebak selain tersenyum bahagia.

Selain itu, Uyaina turut menyarankan orang ramai yang berkemampuan agar tidak berkira dalam membahagiakan ibu bapa masing-masing kerana dia percaya keberkatan hidup datang dari keredaaan mereka.

“Mana yang berkemampuan serta ada rezeki lebih, tanyalah ibu ayah kita apa yang mereka suka dan hadiahkanlah mereka dengan hadiah kebahagiaan.

“Doa mereka yang kita perlukan dalam hidup. Insya-Allah rezeki kita akan terbentang luas seluar langit biru Tuhan.

“Hidup akan lebih berkat dan urusan harian akan lebih dipermudahkan,” ujarnya lagi.

Selain membeli emas buat ibu, Uyaina juga mengakui mengidam emas sehingga sanggup ke Kuala Pilah, Negeri Sembilan bagi membeli aksesoru hadiah buat dirinya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI