fbpx
Hantaran gambar memaparkan bonet hadapan sebuah kereta dipenuhi sampah.

Kereta halang laluan dapat habuan sampah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan seorang pemilik kenderaan meletakkan kereta di hadapan laluan ke rumah sampah mengundang padah apabila kenderaannya dipenuhi dengan timbunan sampah di bahagian bonet hadapan.

Menerusi perkongsian di Threads oleh @sidchan, beberapa gambar memaparkan sampah diletakkan di atas bonet sebuah kereta yang diparkir berhampiran rumah sampah di belakang Econsave Air Itam, Pulau Pinang.

Menurutnya, kenderaan berkenaan dipercayai menghalang laluan ke rumah sampah yang menyukarkan penduduk sekitar membuang sisa.

“Kesian tengok. Tergamak mereka buat macam ni. Tetapi kereta tu halang jalan ke tong sampah besar. Orang marah la kot, dapat habuan sampah,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Perkongsian itu mencuri perhatian ramai yang rata-rata berpendapat tindakan meletakkan sampah di atas kenderaan agak keterlaluan, namun turut mengingatkan orang ramai agar tidak memarkir kenderaan di kawasan yang menghalang kemudahan awam.

“Jangan biasakan parkir di tepi jalan. Lagipun tempat tu bukan kawasan untuk parkir,” komen Sufizal Azwar.

“Sanggup ya parkir depan rumah sampah? Kalau aku, rela menapak jauh sebab kalau parkir depan rumah sampah ni, nanti kereta jadi sarang lipas dengan bau kereta pula,” kata Shazleen Ezura.

“Faham orang marah dia parkir di kawasan tak patut, tapi kesian juga sebab orang letak sampah atas kereta dia,” komen Shaz lukman. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN