fbpx
Tangkap layar keadaan mangsa yang putus pergelangan tangan kanan itu.

Tangan putus dilanggar kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LANGAT – Seorang penunggang motosikal melalui detik ngeri apabila pergelangan tangannya terputus dalam kemalangan di Jalan Sungai Rambai, Jenjarom di sini semalam.

Kemalangan berlaku pukul 12.45 tengah hari ketika mangsa merupakan lelaki berusia 20-an itu dilanggar kereta jenis Proton Satria ketika keluar dari simpang Jalan Akasia dan insiden tersebut tular di mesia sosial.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd. Akmalrizal Radzi berkata, siasatan mendapati penunggang motosikal jenis Yamaha LC135 sedang menghala ke Jalan Sungai Rambai dan kemudiannya dilanggar Proton Satria terbabit selepas keluar daripada simpang jalan.

“Akibat pelanggaran itu, mangsa tercampak ke bahu jalan dan putus pergelangan tangan dan cedera di bahagian kaki kanan. Proton Satria tersebut melanggar besi penghadang sebelum berpusing ke lorong bertentangan dan merempuh bahagian hadapan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Velfire,” katanya hari ini.

Beliau menambah, penunggang motosikal itu telah dibawa ke Hospital Banting dan berjaya menjalani pembedahan di tangan kanan serta dilaporkan stabil, manakala pemandu kereta Proton Satria dan Toyota Vellfire masing-masing berusia 20 dan 60-an tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan tidak cermat dan bertimbang rasa,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI