fbpx
ANGGOTA bomba melakukan kerja menyelamat seorang lelaki maut dalam kejadian tanah runtuh di hadapan sebuah kilang yang masih dalam pembinaan di Bandar Penawar di sini, petang semalam.

Pekerja maut tertimbus tiga meter dalam runtuhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA TINGGI – Seorang pekerja lelaki maut manakala seorang lagi terselamat dalam kejadian tanah runtuh di hadapan sebuah kilang yang masih dalam pembinaan di Bandar Penawar di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 petang itu, menyebabkan mangsa yang merupakan warganegara Indonesia dikenali sebagai Rifai Ahmad, 52 maut di lokasi kejadian.

Ketika kejadian mangsa bersama seorang lagi pekerja pempaipan dipercayai sedang menjalankan kerja di kawasan tersebut sebelum berlakunya runtuhan.

Komander Operasi Kanan, Penolong Penguasa Bomba, Mohd Khairul Sufian Dahari berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.00 tengah hari sebelum tiba di lokasi lima minit kemudian.

“Seorang mangsa berusia 32 tahun berjaya menyelamatkan diri, manakala seorang lagi berusia 52 tahun tertimbus dianggarkan sedalam tiga meter dan operasi menyelamat menggunakan peralatan khas serta dibantu sebuah jentera pengorek excavator.

“Mangsa berjaya dikeluarkan pada pukul 4 petang namun disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan mayat mangsa disershkan kepada pihak polis,” katanya dalam kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN