fbpx
DR. SAHRUDDIN meletak jawatan sebagai Pengerusi PN Johor hari ini.

Lepas Muhyiddin, Dr. Sahruddin pula letak jawatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Datuk Dr Sahruddin Jamal pula mengikuti jejak langkah meletak jawatan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Johor.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepong mengumumkan perkara tersebut melalui hantaran dalam Facebook miliknya hari ini.

“Saya dengan ini meletak jawatan sebagai Pengerusi PN Johor. Hilang jawatan MB (Menteri Besar) pun saya, letak jawatan pengerusi PN lagilah saya suka,”katanya.

Mengulas lanjut keputusan itu, bekas Menteri Besar Johor itu berkata, tindakannya itu menyusul selepas peletakan jawatan Muhyiddin di peringkat Pusat.

“Saya mudah sahaja, bila pimpinan Pusat letakkan jawatan, (dan) saya dilantik oleh Tan Sri (Muhyiddin). Bila beliau letak jawatan, saya pun letak (jawatan PN Johor).

“Jadi saya minta pimpinan Muafakat Nasional (MN) lantik Pengerusi PN baharu di Johor,” katanya memaklumkan status Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Pagoh serta kedudukan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu di kawasan itu tiada perubahan.

Sahruddin berharap pelantikan jawatan Pengerusi PN Johor kelak akan dapat memastikan PN menang lebih banyak kerusi di Johor.

“PN Johor ok, tiada pergolakan. PN Johor sangat bagus. Kita baru mesyuarat dua minggu lepas dan ianya berjalan baik.

“Peletakan jawatan ini tiada kena mengena dengan Johor,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN