fbpx
Tangkap layar hantaran memaparkan rakaman televisyen litar tertutup pengasuh mendera bayi berusia enam bulan.

‘Anak saya diperlakukan macam anak patung’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang wanita berang selepas menemui kesan lebam pada tubuh anaknya yang berusia enam bulan, dipercayai menjadi mangsa penderaan oleh pengasuh taska.

Menerusi hantaran pengguna Threads @Liyanazulkifli, berkongsi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) taska memaparkan pengasuh menjaga beberapa bayi dalam keadaan kasar.

“Anak saya diperlakukan macam anak patung. Pengasuh-pengasuh taska ini semua syaitan bertopengkan manusia.

“Ketika dibedung, anak saya kena campak, digolekkan dan dipijak dengan kaki. Anak saya baru enam bulan dan tak tahu apa-apa,” katanya.

Malah katanya, terdapat kesan lebam pada badan dan tangan anaknya akibat kejadian tersebut selain digolekkan sehingga terbalik di lantai.

Tinjauan Kosmo! mendapati salah seorang pengasuh telah berjaya ditangkap, bagaimanapun, seorang lagi pengasuh terlepas daripada pertuduhan.

Perkongsian tersebut meraih pelbagai reaksi ibu bapa yang meluahkan kerisauan dengan kejadian tersebut terutama apabila rata-rata turut menghantar anak ke taska.

“Kalau ada masalah mental, janganlah jaga budak-budak terutamanya bayi,” komen @Shayyrulsgram.

“Bukan seorang, semua pengasuh macam syaitan. Kenapalah nak kerja yang melibatkan budak-budak kalau hati busuk dan tak penyabar. Semoga masuk penjara,” komen @Miqdam_jr.

“Saya pun pernah hampir hantar anak saya ke sana tapi bila tengok tingkap taska yang sentiasa bertutup langsir selain keadaan rumah yang gelap, saya batalkan. Bayi pun selalu nampak terbiar sebab pengasuh sibuk dengan telefon,” komen @Afizakamarulzaman. –KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI