fbpx
Pemain sayap Senegal, Ismaïla Sarr cuba mengasak tonggak tengah Congo, Mechak Elia dalam aksi AFCON 2025, awal pagi tadi.

AFCON: Congo puas hati ikat Senegal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

RABAT – Pengendali Congo, Sebastien Desabre menganggap keputusan seri lebih adil selepas pasukannya berjaya mengikat Senegal 1-1 dalam aksi kedua Kumpulan D Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) 2025, awal pagi tadi.

Pada perlawanan itu, Desaber memuji aksi disiplin barisan pemain untuk memastikan pasukan tidak tewas selepas Senegal berjaya bangkit daripada ketinggalan menerusi jaringan Sadio Mane ketika mereka membuka tirai jaringan menerusi Cedric Bakambu.

Menurut Desabre, keputusan seri tersebut mencerminkan corak permainan kedua-dua pasukan dengan kekuatan seimbang dan cukup serius untuk memburu slot ke peringkat kalah mati.

“Ini adalah perlawanan yang sukar kerana kedua-dua pasukan saling arif dengan taktikal masing-masing. Kita tidak membuka banyak ruang untuk melakukan serangan dan mungkin hanya dipisahkan dengan jurang yang kecil. 

“Secara peribadi, perlawanan ini seimbang dan keputusan seri adalah adil berdasarkan apa yang berlaku di atas padang,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI