fbpx
Keadaan motosikal mangsa selepas dirempuh sebuah kereta di Kilometer 43, Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu dekat Kampung Wakaf Bunut, Pasir Puteh hari ini. FOTO IHSAN POLIS

Warga emas maut, motosikal dirempuh kereta terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PASIR PUTEH – Seorang lelaki warga emas maut selepas motosikal yang dia tunggang dirempuh sebuah kereta yang terbabas di Kilometer 43 Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu dekat Kampung Wakaf Bunut di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.50 pagi itu, mangsa yang berusia 77 tahun dan menunggang motosikal jenis Honda meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada anggota badan.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria berkata, siasatan awal mendapati, nahas berlaku ketika seorang wanita berusia 27 tahun yang memandu kereta jenis Nissan Sentra sedang dalam perjalanan dari Kampung Tok Kamis menuju ke Bandar Pasir Puteh.

Menurutnya, semasa tiba di lokasi kejadian, kereta tersebut dipercayai terbabas dan memasuki jalan dilalui mangsa yang berada di laluan bertentangan.

“Keadaan itu menyebabkan kereta tersebut merempuh motosikal ditunggang mangsa. Warga emas itu yang mengalami kecederaan parah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN