fbpx
ARSENAL enggan mempedulikan soal kepenatan apabila meletakkan kemenangan sebagai sasaran utama. - FB ARSENAL

EPL: Mental Arsenal masih mantap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta mengakui gembira dengan kekuatan mental dimiliki pemainnya di kala mereka sedang berdepan jadual padat dalam misi memburu takhta Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

The Gunners akan melayan kunjungan Brighton di Stadium Emirates malam ini, hanya tiga hari selepas mereka menewaskan Crystal Palace pada aksi suku akhir saingan Piala Liga Inggeris (EFL).

Arteta berkata, Arsenal memiliki barisan pemain yang sentiasa bersedia untuk diturunkan selain mampu mempamerkan aksi terbaik, sekali gus memberikan lebih keyakinan buat Arteta bagi memburu gelaran EPL.

“Jadual padat boleh dianggap sebagai satu keistimewaan untuk saya kerana ia menguji karakter pemain, jadi saya gembira kerana semua pemain Arsenal sentiasa bersedia menggalas cabaran dalam setiap perlawanan.

“Inilah pemikiran yang saya mahu lihat dalam diri semua pemain, tetapi mereka tidak boleh terlalu selesa. Kami tidak boleh memandang rendah Brighton kerana mereka sentiasa mampu melakar kejutan,” katanya.

Perebutan gelaran liga dilihat semakin menarik apabila Manchester City terus memberikan tekanan dengan hanya perbezaan dua mata memisahkan kedua-dua pasukan di puncak liga selain Aston Villa yang mengintai peluang melakukan kejutan.

“Selepas ini kami perlu mencatat kemenangan dengan jaringan lebih besar, jadi pemain-pemain tidak boleh mensia-siakan setiap peluang terhidang. Itu merupakan aspek yang perlu diperbaiki,” ujar Arteta. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI