fbpx
Pegawai penguatkuasa mengambil sampel air menerusi Operasi Gempur dan Lembangan di Pulau Pinang. Foto IHSAN JAS PULAU PINANG

229 premis diperiksa Op Gempur dan Lembangan di P. Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah memeriksa sebanyak 229 premis industri menerusi Operasi Gempur dan Lembangan bermula Januari hingga 15 Disember lalu.

Pengarah JAS Pulau Pinang Badlishah Ahmad berkata, 215 arahan di lapangan dan 70 Notis Arahan dikeluarkan sepanjang operasi berlangsung.

“Satu penahanan operasi kelengkapan dan 44 kertas siasatan tawaran kompaun telah dibuka melibatkan pelbagai kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (PPKAS) (Efluen Perindustrian) 2009, PPKAS (Kumbahan) 2009,  PPKAS (Udara Bersih) 2014 dan PPKAS (Buangan Terjadual) 2005,” katanya di sini, semalam.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, sebanyak 11 Operasi Hazard dan Lusuh berjaya dilaksanakan dengan 23 premis industri diperiksa.

“Sebanyak lapan kertas siasatan berjaya dibuka dengan empat kes selesai dibawa ke mahkamah dengan jumlah denda RM180,000 manakala empat kes lagi masih dalam tindakan mahkamah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN