fbpx
KUALITI Davide Bartesaghi turut dibandingkan dengan legenda Itali, Paolo Maldini. - AFP

Arsenal ada helah untuk dapatkan ‘Paolo Maldini’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Pendahulu Liga Perdana Inggeris, Arsenal mengutamakan polisi jangka masa panjang sekiranya ambil keputusan untuk berbelanja pada jendela perpindahan kedua nanti.

Pengurus The Gunners, Mikel Arteta dilaporkan sudah berpuas hati dengan kualiti pasukan dan tidak bercadang untuk mendapatkan pemain lebih berpengalaman.

Sebaliknya Arteta hanya menitikberatkan pelan jangka masa panjang dengan mengutamakan pemain muda, dimana ketika ini Davide Bartesaghi dan Lorenzo Torriani berada dalam senarai untuk dipertimbangkan.

Untuk memburu tandatangan Bartesaghi yang mula dibandingkan dengan legenda Itali, Paolo Maldini, Arsenal dikatakan akan menggunakan ‘taktikal’ sama seperti kelab itu mendapatkan khidmat William Saliba.

Ketika mendapatkan Saliba dari Saint-Etienne, Arsenal tidak terus menggunakan khidmat pemain itu sebaliknya memberikan peluang kepadanya kekal di Perancis bersama The Greens, Nice dan Marseille.

Ketika ini, Saliba mula menjadi nadi utama kepada perancangan Arteta yang turut menjadikan Torriani sebagai calon untuk mewujudkan persaingan dan perancangan jangka masa panjang bagi menggantikan David Raya. AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN