fbpx
Gambar hiasan

Kekal kerajaan sedia ada – PH Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KANGAR – Pakatan Harapan (PH) Perlis menegaskan pendirian supaya kerajaan negeri sedia ada dikekalkan sehingga tamat penggal demi menjamin kestabilan pentadbiran serta menjaga kebajikan rakyat di negeri ini.

Ketua Angkatan Muda Harapan Perlis, Dr. Ahmad Fadhzil Mohamad berkata, gabungan parti pembangkang di Perlis menyatakan bahawa kerajaan negeri yang terbentuk ketika ini lahir daripada mandat jelas rakyat melalui proses demokrasi yang sah dan wajar dihormati sepenuhnya.

“Mandat besar yang diberikan oleh rakyat ini bukan ruang untuk pergolakan dalaman atau percaturan kuasa yang hanya menimbulkan keresahan awam serta menjejaskan keyakinan rakyat terhadap institusi pentadbiran negeri. Sebarang usaha yang mencetuskan ketidaktentuan politik hanya akan memberi kesan negatif kepada pentadbiran serta mengganggu tumpuan kerajaan dalam mengurus kepentingan asas rakyat,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, kestabilan kerajaan amat penting khususnya bagi sebuah negeri kecil seperti Perlis bagi memastikan kelancaran pentadbiran, penjimatan kewangan kerajaan serta mengelakkan pembaziran akibat ketidaktentuan politik.

“Keutamaan kerajaan negeri seharusnya diberikan sepenuhnya kepada pembangunan ekonomi, kesejahteraan rakyat, peluang pekerjaan, kos sara hidup dan kemajuan negeri secara mampan. Pergolakan politik dalaman yang berpanjangan hanya melemahkan pentadbiran serta mencalarkan imej negeri,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN