fbpx
Gambar hiasan

SPRM mula siasatan projek tender terbuka libatkan Tentera Darat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini telah memulakan siasatan awal terhadap beberapa projek antaranya yang dilaksanakan secara perolehan tender terbuka yang melibatkan Tentera Darat dari tahun 2023 hingga kini.

Dalam konteks ini, SPRM mengambil maklum dakwaan dibangkitkan seorang aktivis semalam berhubung aktiviti aliran masuk wang ke dalam akaun bank seorang pegawai kanan tentera.

Menurut sumber, pegawai SPRM telah hadir ke Kementerian Pertahanan kira-kira pukul 11.30 pagi tadi bagi memulakan siasatan awal terhadap beberapa projek yang melibatkan Tentera Darat.

Kata sumber, fokus siasatan tertumpu kepada projek-projek yang dilaksanakan melalui kaedah perolehan secara tender terbuka serta perolehan di bawah Pusat Tanggungjawab (PTJ) Tentera Darat.

“Transaksi kewangan mencurigakan yang dikaitkan dengan individu-individu tertentu yang dinamakan dalam dakwaan tersebut juga akan diteliti,” katanya kepada Kosmo! di sini tadi.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki mengesahkan bahawa satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 berhubung dakwaan rasuah yang melibatkan seorang pegawai kanan tentera.

Katanya, semua siasatan dijalankan secara bebas dan profesional berasaskan fakta serta bukti selaras dengan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN