fbpx
Hantaran Madnor pada Thread berhubung nasihatnya kepada orang ramai berkait isu rumah tangga.

Madnor pesan jangan mudah ulas isu rumah tangga orang lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pempengaruh media sosial, Muhammad Noor Zakaria atau lebih dikenali sebagai Madnor menyeru orang ramai untuk tidak sewenang-wenangnya mengulas isu rumah tangga individu lain di media sosial.

Menerusi satu hantaran di laman Threads, Madnor menasihatkan agar orang awam lebih berhati-hati dan tidak cepat membuat andaian dalam urusan peribadi pasangan lain, terutama jika tidak terlibat secara langsung.

“Bolehkah kita berazam mulai sekarang, selagi kita bukan pihak yang terlibat secara langsung, bukan saksi mata, bukan saksi telinga, bukan ahli keluarga, bukan individu yang membaca dokumen berkaitan, atau ringkasnya bukan sesiapa, kita berazam untuk tidak menyebelahi ana-mana pihak dan tidak mengulas apa-apa, terutamanya di media sosial?
“Dalam urusan rumah tangga, apa yang berlaku di sebalik pintu tertutup, kita memang tidak tahu,” katanya.

Tambahnya, sikap terlalu mudah membuat andaian boleh membuka ruang kepada fitnah dan spekulasi yang tidak berasas.

“Sayanglah, kita semua orang baik, bukan? Jadi, jangan buat begitu lagi, ya?” ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan oleh netizen terhadap hantaran tersebut.

“Setuju sangat. Bukan hal rumah tangga je tak kisah lah isu apa-apa. Tak perlu nak ulas seolah-olah kita ni orang rapat,” ujar @Missmekna.

“Betul. Selagi tak serumah diam jangan ulas apa-apa,” kata @Murnifieza_.

“Setuju sangat, bila cerita pasal rumah tangga masuk ‘feed’, saya terus klik ‘not interested’,” ujar @Henryridzwan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI