fbpx
PARA pemain negara meraikan kejayaan meraih pingat emas selepas menewaskan Thailand di final semalam. - MHC

Sukan SEA: 50 tahun dominasi Speedy Tigers

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

CHONBURI – Skuad hoki lelaki negara mengekalkan dominasi hebat di rantau Asia Tenggara dengan menakluk pingat emas Sukan SEA buat kali ke-17 berturut-turut selepas meraihnya pada edisi ke-33 di Thailand ini.

Bukan itu sahaja, Speedy Tigers terus membuktikan jurang mereka terlalu jauh dibandingkan dengan negara-negara Asia Tenggara lain apabila membelasah tuan rumah 8-0 dalam aksi final berlangsung di Universiti Sukan Kebangsaan Thailand semalam.

Ini bermakna Malaysia hanya sekali terlepas emas, ketika menang perak pada edisi kedua hoki dipertandingkan di Singapura 1973 selepas penyertaan pertama 1971 dan sejak itu Malaysia tidak pernah menoleh lagi ke belakang dengan memenangi kesemuanya bermula 1975.

Ia juga menyaksikan tujuh pemain negara berada dalam carta lapan penjaring terbanyak dengan kedudukan tiga teratas menjadi milik Azrai Aizad Abu Kamal dengan keseluruhan 15 gol diikuti Syed Syafiq Syed Cholan (12 gol) dan Amanraj Singh (6 gol).

“Kita semua tahu pingat emas adalah keutamaan kami apabila beraksi di sini. Pemain menunjukkan prestasi yang sangat baik dan akhirnya kita berjaya mencapai sasaran itu.

“Tahniah kepada semua pemain serta terima kasih kepada Konfederasi Hoki Malaysia dan Majlis Sukan Negara yang memainkan peranan penting dalam merealisasikan impian memenangi pingat emas ini,” kata ketua jurulatih skuad negara, Sarjit Singh.

Pada aksi final tersebut, Malaysia hanya memerlukan 15 minit untuk membuka tirai jaringan menerusi Muhajir Abdu Rauf, sebelum meraih dua gol pantas menerusi Faiz Helmi Jali (m-27) dan Nik Aiman Nik Rozemi (m-28).

Pesta gol negara diteruskan menerusi jaringan Fitri Saari (m-42), Alfarico Lance Liau (m-50) sebelum Amanraj meledak hatrik pada minit ke 55, 57 dan minit ke-60. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN