fbpx
Gambar bertarikh 6 Februari 2023 menunjukkan pemandangan loji jana kuasa gas asli dan bahan api di pinggir bandar Helwan, Mesir. - AFP

Israel meterai perjanjian gas RM143 bilion dengan Mesir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TEL AVIV – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengumumkan perjanjian gas bernilai AS$35 bilion (RM143 bilion) dengan Mesir ketika Amerika Syarikat (AS) mendesak sidang kemuncak antara kedua-dua pemimpin diadakan, lapor saluran berita CNN semalam.

Dalam kenyataan yang disiarkan di televisyen, Netanyahu memuji perjanjian itu sebagai ‘perjanjian gas terbesar dalam sejarah Israel.’ 

Perjanjian itu melibatkan syarikat tenaga AS, Chevron yang akan membekalkan gas ke Mesir.

“Perjanjian ini sangat mengukuhkan status Israel sebagai kuasa tenaga serantau dan menyumbang kepada kestabilan rantau ini. Ia menggalakkan syarikat lain untuk melabur dalam penerokaan gas di perairan ekonomi Israel,” kata Netanyahu.

Menurut sumber Israel, Tel Aviv menangguhkan kelulusan rasmi perjanjian itu selama berbulan-bulan, namun, akhirnya dilaksanakan di bawah tekanan daripada pentadbiran Presiden Donald Trump.

Trump cuba mengatur sidang kemuncak antara Netanyahu dan Presiden Mesir, Abdel Fattah el-Sisi ketika beliau meneruskan perjanjian damai serantau dan perluasan Perjanjian Abraham.

Israel dan Mesir menandatangani perjanjian damai penting pada tahun 1979, tetapi kedua-dua pemimpinnya belum bertemu secara terbuka dalam hampir sedekad.

Sumber kedua Israel berkata, pengumuman Netanyahu itu adalah sebahagian daripada usaha untuk menyediakan asas bagi pertemuan berpotensi antara Netanyahu dan Sisi.

Mesir memainkan peranan penting dalam usaha pengantaraan sepanjang perang Gaza, namun hubungan antara Netanyahu dan Sisi telah lama tegang. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI