fbpx
TANG JIE (kiri) dan Ee Wei mahu memastikan kemenangan ke atas beregu No. 1 dunia dari China hari ini. - FARIZ RUSADIO

WTF2025: Belum masa ‘bersantai’ – Ee Wei

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DUA kemenangan dalam dua perlawanan meletakkan kedudukan beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei semakin hampir untuk melangkah ke pusingan kalah mati pada Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir (WTF) 2025 di China.

Pada aksi kedua Kumpulan B di Pusat Sukan Olimpik Hanghzou semalam, juara dunia itu dipaksa bekerja keras sebelum menang 17-21, 21-14, 21-15 ke atas beregu Indonesia, Jafar Hidayatullah-Felisha Pasaribu.

Kemenangan itu meletakkan Tang Jie-Ee Wei sebelah kaki ke separuh akhir, namun Ee Wei menegaskan, mereka tidak boleh terlalu selesa dan leka dengan kedudukan tersebut.

Justeru, mereka terus mengalihkan sepenuh perhatian kepada aksi terakhir peringkat kumpulan hari ini di mana mereka akan berdepan beregu tuan rumah yang juga gandingan No. 1 dunia, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping.

“Kami bermula baik di set pertama tetapi gagal mengekalkan momentum selepas mata ke-11 sehingga membolehkan mereka melakukan serangan demi serangan. Bagaimanapun, kami berjaya bangkit pada set kedua dan ketiga.

“Bagi saya, kami tidak boleh santai dan perlu memberikan segala-galanya dalam setiap perlawanan dan itu adalah tanda hormat dalam badminton. Kami hanya berikan yang terbaik,” katanya kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Sebagai rekod, Tang Jie-Ee Wei terus mengekalkan aksi tanpa kalah kepada Jafar-Felisha dalam enam pertemuan, termasuk lima perlawanan sebelum ini termasuk pada Terbuka Australia, China Masters, Kejohanan Dunia, Terbuka Jepun dan Indonesia Masters.

Sementara itu, Tang Jie menyuarakan rasa puas hati dengan kemenangan tersebut memandangkan mereka terpaksa berdepan aksi sukar dan memerlukan aksi tiga set bagi membenam cabaran beregu Indonesia berkenaan.

“Perlawanan bertemu mereka sentiasa menjanjikan aksi sukar, jadi saya sangat berpuas hati dengan permainan kami. Saya juga gembira kerana kombinasi kami sangat menjadi hari ini (semalam),” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI