PETALING JAYA – Pendakwah bebas, PU Rahmat tampil berseloroh meminta netizen mengecam dirinya kerana menggunakan produk boikot, sama seperti rakan seperjuangannya, Hazwani Helmi yang turut menerima kritikan kerana menggunakan telefon jenis iPhone.
Menerusi satu hantaran di platform Threads, PU Rahmat atau nama sebenarnya Rahmat Ikhsan turut mengajak netizen mendesaknya beralih menggunakan telefon awam.
“Guys jangan lupa kecam PU Rahmat peserta Sumud tu. Dia pakai iPhone, kita desak dia pakai public phone,” katanya dalam nada gurauan.
Terdahulu, Hazwani menjadi perhatian selepas tular gambarnya menggunakan iPhone 17 ketika menghadiri Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-37.
Bagaimanapun, Hazwani tampil menjelaskan bahawa telefon itu adalah pemberian seseorang dan digunakan bagi tujuan menghasilkan kandungan video.- KOSMO! ONLINE














