fbpx
NAFUZI (kiri) dan Ubaidillah pada sidang akhbar menjelang separuh akhir menentang Thailand malam ini. - FAM

Sukan SEA: Malaysia sedia malukan Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Skuad bawah 23 tahun (B-23) negara tidak rela status Thailand selaku tuan rumah mematahkan semangat mereka menjelang aksi separuh akhir Sukan SEA 2025 malam ini.

Meskipun berstatus bukan pilihan di Stadium Nasional Rajamangala, Bangkok, anak-anak buah Nafuzi Zain dituntut supaya bijak menyerap tekanan ribuan penyokong lawan demi melakar kejutan bersejarah.

Menurut Nafuzi, selepas berjaya mencapai sasaran awal ke separuh akhir, fokus pasukan kini beralih sepenuhnya kepada misi membawa pulang pingat daripada temasya dwitahunan itu.

“Kita kena akui aksi separuh akhir ini bukan satu tugas mudah buat skuad negara kerana Thailand adalah pasukan yang baik dan dibarisi pemain-pemain berkualiti.

“Mereka juga beraksi di laman sendiri dengan kelebihan sorakan penonton, tetapi kami akan berikan yang terbaik untuk memastikan Malaysia mampu mara ke perlawanan akhir.

“Kami menghormati Thailand, namun kami bersedia dengan sebarang kemungkinan termasuk jika perlawanan berlanjutan ke masa tambahan,” katanya.

Kapten negara, Ubaidillah Shamsul Fazili mahu rakan sepasukan mengambil pengajaran aksi bertemu Vietnam bagi memastikan Harimau Muda mampu menumbangkan Gajah Perang.

“Semua pemain teruja untuk beraksi dan kami anggap ini adalah perlawanan akhir. Kami harap apa yang dirancang dapat diterjemahkan di atas padang,” katanya.

Dalam pada itu, pengendali B-23 Thailand, Thawatchai Damrong-Ongtrakul mengingatkan anak buahnya supaya tidak memandang mudah cabaran Malaysia kerana dalam bola sepak, apa sahaja boleh berlaku.

“Kami menghormati Malaysia, tetapi kami mahukan emas dan perlu menang perlawanan ini ke fina,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN