fbpx
Keadaan kemalangan maut melibatkan kereta Perodua Myvi dan lori membawa muatan buah kelapa sawit di KM 50, Jalan Pantai Kuala Terengganu - Permaisuri berhampiran Kampung Telaga Putat, Setiu semalam.

Jurujual kereta maut, Myvi bertembung lori sawit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SETIU – Seorang jurujual kereta maut selepas kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu bertembung dengan lori membawa muatan kelapa sawit di Kilometer (KM) 50, Jalan Pantai Kuala Terengganu-Permaisuri berhampiran Kampung Telaga Putat di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 6.11 petang itu, mangsa, Tuan Nur Amirah Tuan Azhar, 32, meninggal dunia akibat parah pada kepala dan beberapa anggota badan.

Ketua Polis Daerah Setiu, Superintendan Mohd. Zain Mat Dris berkata, ketika kejadian, Tuan Nur Amirah dikatakan dalam perjalanan ke Pasir Puteh, Kelantan dari rumahnya di Kampung Pak Kancil Luar di sini.

“Kereta Perodua Myvi yang dipandu mangsa dikatakan hilang kawalan secara tiba-tiba sebelum terbabas masuk ke laluan bertentangan. Kereta itu kemudian merempuh lori membawa muatan sawit yang dalam perjalanan ke sebuah kilang di Kampung Rahmat,” katanya hari ini.

Mohd. Zain berkata, pegawai perubatan yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan Tuan Nur Amirah telah meninggal dunia. Pemandu lori berusia 41 tahun terselamat tanpa sebarang kecederaan.

Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Setiu di sini untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI