fbpx
Gambar perkahwinan seorang wanita dan suami keduanya di Pejabat Agama Wilayah Songkhla, Thailand pada 5 November tahun lalu.

Wanita bongkar tembelang kakak ipar bersuami dua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TANAH MERAH – Seorang wanita mendakwa abang kandungnya ditipu oleh kakak ipar apabila mendapati isteri abangnya itu berkahwin dengan seorang lagi lelaki sejak lebih setahun lalu.

Tembelang wanita dari Terengganu itu terbongkar selepas Nur, 35, bersama dua anggota polis dan penduduk menyerbu ke rumah suami keduanya di Batu 11 di sini pada 6 Disember lalu.

Menurut Nur, kakak iparnya itu berkahwin kali kedua dengan seorang lelaki yang berasal dari Johor di Terengganu meskipun masih mempunyai ikatan sah sebagai isteri kepada abangnya.

“Saya bersama polis dan penduduk kampung yang menyerbu rumah itu mendapati seorang lelaki yang tidak dikenali berada di dalam rumah berkenaan.

“Lelaki itu memaklumkan bahawa kakak iparnya itu adalah isterinya. Saya terkejut dengan kenyataan itu sebelum terus menghubungi abang untuk memaklumkan perkara tersebut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Nur memberitahu, lelaki itu mendakwa dia sudah berkahwin dengan kakak iparnya di Pejabat Agama Wilayah Songkhla, Thailand pada 5 November tahun lalu.

Menurutnya, berdasarkan pengetahuannya, abang dan kakak iparnya itu tidak pernah bercerai sebaliknya menjalani kehidupan seperti pasangan suami isteri.

“Saya mengetahui kakak ipar pergi ke rumah lelaki itu semasa abang tiada di rumah. Pada waktu siang, dia berada di rumah suami kedua manakala sebelah malam pula bersama abang.

“Jarak rumah abang saya dengan lelaki yang didakwa sebagai suami keduanya itu hanya 19 kilometer. Jika perkara ini tidak terbongkar, pasti saya dan keluarga akan terus ditipu dengan tindakannya yang sanggup mempermainkan hukum agama Islam,” ujarnya.

Nur berkata, seminggu selepas dia menyerbu rumah lelaki itu, kakak iparnya bertindak membuat laporan palsu kepada polis dengan mendakwa dia telah mengganggu hidupnya.

Menurutnya, wanita itu juga masih berkeras dan enggan keluar dari rumah abang.

“Saya sudah buat laporan kepada Pejabat Agama Islam Jajahan Tanah Merah, namun masih tiada tindakan dijalankan. Perkara ini bukan lagi soal peribadi kerana ia sudah melibatkan kesucian agama Islam,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN