fbpx
Suspek ditahan selepas menyerang dan mengambil harta benda milik teman wanitanya. - Rio Roma Dhoni

Jururawat kebas wang, barang kemas teman wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang jururawat di Palembang, wilayah Sumatera Selatan ditahan selepas menyerang dan mencuri sejumlah wang serta berang kemas daripada teman wanitanya, lapor laman berita Detik. 

Kejadian berlaku di hadapan salon IEKA di Jalan Dwikora, baru-baru ini. 

Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) menunjukkan suspek bernama Elvis Ariyanto, 31, bertengkar dengan kekasihnya sebelum mengarahkan mangsa untuk memberikan telefon bimbit, wang serta barangan kemas dipakai mangsa. 

Mangsa bagaimanapun enggan, menyebabkan suspek menarik rambutnya sehingga dia terjatuh. 

Suspek kemudian mengambil wang berjumlah 300,000 rupiah (RM73) daripada beg mangsa. Dia cuba melarikan diri tetapi ditangkap oleh penduduk tempatan. 

Ketua Polis Daerah Illir Timur I, Pesuruhjaya Fitri Dewi Utami berkata, tangkapan dibuat selepas mangsa membuat laporan. 

“Suspek berjaya ditahan semasa pulang dari tempat kerja. Siasatan sedang dijalankan,” kata Dewi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN