fbpx
Sayyida meninggal dunia selepas kereta yang dipandunya dihempap tiang di Lebuh Raya Hume, utara Melbourne. - Facebook

Identiti wanita Malaysia mati kereta dihempap tiang dikenal pasti 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELBOURNE – Anak perempuan bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Zulfikar Mohamad Shariff maut selepas kereta dipandunya dihempap tiang yang tumbang di sebuah lebuh raya di Australia, lapor portal berita Asia One. 

Zulfikar, 54, memaklumkan di Facebook kelmarin bahawa anaknya, Sayyida Nafeesa Zulfikar, 21, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke tempat kerja. 

“Pagi ini pukul 7.45 pagi (waktu tempatan), anak kesayangan kami Sayyida telah dijemput  Ilahi. Arwah terlibat dalam kemalangan dan meninggal dunia di tempat kejadian. Arwah dalam perjalanan ke tempat kerja di MyCollege (kolej Islam) di mana dia berkhidmat sebagai pegawai pentadbiran,” katanya. 

Sumber berita Australia melaporkan, kemalangan itu berlaku di Lebuh Raya Hume, utara Melbourne pagi kelmarin apabila sebuah trak bertembung dengan kereta sedan. 

Trak tersebut dilaporkan terbalik dan melanggar tiang, menyebabkan ia tumbang lalu menimpa bumbung kereta mangsa yang bergerak dari arah bertentangan. 

Zulfikar mengesahkan kereta jenis Honda itu dipandu oleh Sayyida, manakala punca kematian disebabkan oleh kecederaan pada kepala. Pengebumian arwah Sayyida Nafeesa akan diadakan esok. 

Pemandu trak itu dikejarkan ke hospital, manakala pemandu kereta sedan selamat, lapor portal berita 9 News Melbourne.  – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN