fbpx
RITA berkata kejujuran itu sangat sukar ditelan apatah lagi apabila semua yang diucapkan adalah kebenaran.

Yang paling pedih didengar, itulah paling benar – Rita Rudaini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Bakal berdepan kes saman, pelakon Rita Rudaini, kembali mencuri perhatian apabila memuat naik kata-kata berbaur luahan hati yang menggambarkan keteguhan dirinya mendepani kemelut semasa.

Ujar Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mohammad Mokhtar, 49, kejujuran itu sangat sukar ditelan apatah lagi apabila semua yang diucapkan adalah kebenaran.

“Hatinya kuat tapi sayangnya luar biasa, dan jujurnya pedih.

“Berkata jujur itu tidak selalu manis. Kadang yang paling pedih didengar, itulah yang paling benar,” katanya dalam Threads.

Menerusi hantaran sama, pelakon Mami Jarum itu juga berkongsi sebuah video animasi yang memaparkan seorang pahlawan wanita sedang berjuang lalu menggendong anaknya.

Meskipun tidak menyebut sebarang nama, ramai netizen mengandaikan coretan tersebut merujuk kepada kes yang kini menghimpit ibu tunggal itu susulan tindakan undang-undang bakal dihadapinya oleh dua tokoh akademik berhubung dakwaan fitnah.

Di sebalik kemelut itu, peminat tampil menitipkan kata-kata semangat agar Rita terus tabah.

“Aku memang suka cara Kak Rita. Dia kalau cakap, tak ada tapis. Dia bukan jenis tambah perisa dalam kata-kata. Kalau suka, dia cakap suka. Kalau tak suka, dia beritahu terus. Selalunya orang macam ni dibenci sebab ramai tak mampu terima kebenaran,” tulis seorang netizen.

“Kalau ada buat tabung orang ramai untuk bayar kos guaman, beritahu kami. Selain doa, sekurangnya kami boleh bantu serba sedikit,” ujar peminat.

“Berkata jujur memang sakit. Selalu buat kita nampak macam ‘kita yang jahat’. Tapi Tuhan tak pernah tidur,” kata seorang pengguna media sosial.

Sebelum ini, dua tokoh akademik nekad mengambil tindakan undang-undang terhadap Rita selepas dakwaan fitnah berlarutan beberapa bulan dan notis tuntutan RM1 juta tidak dipatuhi.

Yang Dipertua MUAFAKAT MRSM Sungai Besar, Mohd Roslan Mohd Nor, serta timbalannya, Saidah Haris @ Harith, memfailkan saman tersebut melalui Tetuan Adnan Sharida & Associates pada 6 Disember lalu.

Menurut peguam mereka, Datuk Adnan Seman, tindakan itu dibuat selepas mendapati Rita memuat naik kenyataan berunsur fitnah menerusi Instagram, WhatsApp dan beberapa platform lain.

Terdahulu, pelakon terbabit pernah mendakwa wujud kepincangan dalam kepimpinan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (Muafakat) di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sungai Besar sehingga mencetuskan perhatian ramai. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN