fbpx
PENYERANG Selangor, Chrigor Moraes menjaringkan gol ketika menentang Persib Bandung di Stadium MBPJ bulan lalu. - ISKANDAR ISHAK

ACL2: Selangor main peranan king maker

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SELANGOR FC bakal memainkan peranan sebagai king maker bagi menentukan dua pasukan terbaik daripada Kumpulan G Liga Juara-Juara 2 (ACL2) mara ke peringkat kalah mati musim ini.

Walaupun sudah tersingkir dan tidak dapat meneruskan kemaraan, The Red Giants yang akan menentang Lion City Sailors di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) malam ini dijangka menentukan nasib kelab dari Singapura itu.

Bagaimanapun, pengendali Selangor, Christophe Gamel kini berdepan tugas getir untuk mencari ramuan terbaik khususnya mengatasi isu kecederaan menghimpit pasukan ketika ini.

“Perlawanan yang sukar kerana setiap kali kami ada momentum, di ACL2 kami tahu kami tidak mencapai tahap sepatutnya. Kamu lihat saja kepada perlawanan yang lepas.

“Sekarang dengan masalah kecederaan pemain, saya kini perlu mencari penyelesaian terbaik untuk memastikan keputusan baik mampu berpihak kepada kami,” katanya.

Jika menang ke atas Selangor, Lion City Sailors yang mengutip tujuh mata masih berpeluang untuk melepasi peringkat kumpulan jika aksi dua pasukan teratas Persib Bandung dan Bangkok United tidak berakhir dengan keputusan seri.

Persib Bandung dan Bangkok United masing-masing terikat 10 mata, namun kedua-duanya tiada sebarang kelebihan jaringan yang ketara untuk menjamin slot ke pusingan seterusnya jika tiga mata mampu diraih oleh Lion City.

Sehubungan itu, Selangor yang kini di tangga tercorot tanpa sebarang kemenangan daripada lima aksi terakhir, berpeluang menutup kempen ACL2 dengan langkah bermaruah dengan menewaskan Lion City. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI