fbpx
Polis memantau keadaan di tebing Sungai Golok sebelum merobohkan pangkalan haram Perdah, Pasir Mas hari ini. Foto IHSAN POLIS

Empat lagi jeti haram laluan penyeludup dirobohkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PASIR MAS – Empat lagi pangkalan haram yang di Sungai Golok yang dikesan menjadi lokasi penyeludupan di daerah ini dirobohkan hari ini.

Perobohan itu menjadikan jumlah jeti haram yang ditutup sejak 28 Oktober lalu sebanyak lapan buah termasuk masing-masing dua di Rantau Panjang dan Tanah Merah.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mazlan Hassan berkata, selain polis, operasi merobohkan pangkalan haram itu turut disertai Majlis Keselamatan Negara, Pejabat Tanah dan Galian dan Jabatan Kerja Raya.

Katanya, empat jeti yang dirobohkan dikenali sebagai pangkalan haram Mat Roji 1, Mat Roji 2, Surau Lama dan Perdah.

“Perobohan bermula pukul 9.30 sehingga 10.40 pagi mengikut senarai dan peraturan yang dikeluarkan oleh Pejabat Tanah Jajahan Pasir Mas. Proses ini berjalan lancar tanpa sebarang gangguan.

“Operasi itu dijalankan bagi membanteras kegiatan jenayah rentas sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kosmo! Online sebelum ini melaporkan, sebanyak empat jeti haram dirobohkan masing-masing dua di Rantau Panjang dan Tanah Merah setakat 8 November lalu iaitu Pangkalan Haram MCA, Gergaji, Dua Riya dan Nusi.

Kerja-kerja merobohkan 223 pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok yang dikesan menjadi lokasi penyeludupan dilakukan secara berperingkat bermula 28 Oktober lalu dengan Pangkalan haram Gergaji dan MCA di Rantau Panjang menjadi perintis.

Semakan mendapati sebanyak 216 daripada 223 jeti haram bermula dari Pengkalan Kubor hingga Jeli itu dibina atas tanah kerajaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN