fbpx
Skuad hoki 5 sebelah (5s) wanita negara menumpaskan tuan rumah 7-2, sebentar tadi. - MHC

Sukan SEA: Hoki 5s wanita belasah tuan rumah 7-2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Skuad hoki 5 sebelah (5s) wanita negara meneruskan langkah garang di Sukan SEA Thailand 2025 selepas menumpaskan tuan rumah 7-2 pada aksi ketiga liga sepusingan hari ini.

Thailand membuka jaringan menerusi Sudarat Noo-Keaw pada minit ke-13, namun Malaysia segera bangkit dengan penyamaan oleh Dian Nursyakira Najwa Al-Wadqa Nazeri dua minit kemudian untuk menghidupkan kembali momentum permainan.

Jaringan Nor Adilah Abdul Malik pada minit ke-19 menolak Malaysia mendahului sebelum Thailand menyamakan kedudukan 2-2 menerusi Anongnat Piresram pada minit ke-20, namun ia menjadi gol terakhir tuan rumah dalam perlawanan itu.

Memasuki aksi babak kedua, Malaysia mempamerkan penguasaan penuh dengan serangan lebih tersusun yang menyaksikan Dian Nursyakira kembali mencetak nama sebagai penjaring pada minit ke-22 bagi meletakkan skuad negara di hadapan 3-2.

Ledakan sebenar hadir pada minit ke-24 apabila Malaysia menghukum Thailand dengan tiga gol pantas, penalti oleh Dian Nursyakira, disusuli dua jaringan berturut-turut Nor Adilah yang menjadikan kedudukan 6-2 dan terus meruntuhkan moral lawan.

Malaysia kemudian menambah satu lagi gol pada minit ke-27 melalui penalti Nur Shafika Ahmad Kamil, sekali gus menutup kemenangan bergaya 7-2.

Kejayaan itu melengkapkan rekod sempurna tiga kemenangan berturut-turut dalam saingan kumpulan, selain mengesahkan Malaysia sebagai pasukan paling berbisa kejohanan dengan 25 gol dan hanya lima bolos.

Skuad negara kini menantikan pertemuan separuh akhir menentang sama ada Filipina atau Indonesia esok pukul 1 tengah hari waktu Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI