fbpx
Aliff Syukri mempunyai tabiat pelik iaitu tidur sambil merenung ke arah barangan mewah terbabit sehinggalah terlena.

Saya ada tabiat suka cium bau emas, rasa sejuk – Aliff Syukri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ISKANDAR PUTERI – Terlalu obses dengan barang kemas, usahawan dan pempengaruh sensasi Datuk Seri Aliff Syukri mempunyai tabiat pelik iaitu tidur sambil merenung ke arah barangan mewah terbabit sehinggalah terlena.

Aliff atau nama sebenarnya, Aliff Syukri Kamarzaman, 38, mendedahkan, dia juga suka mencium atau menghidu bau emas sekali gus memberi motivasi buat dirinya untuk terus berjaya dalam kehidupan.

“Waktu susah, masa nak mula-mula berniaga mak saya selalu pesan beli emas.

“Dah besar, saya tanamkan dalam fikiran ada duit sikit, saya akan ada bahagian (wang) untuk beli emas untuk tujuan pelaburan.

“Kalau nak tidur, letak badan atas tilam saya tengok barang-barang kemas (yang dibeli).

“Saya pun ada tabiat suka cium bau emas. Pencinta emas tahu barang mewah ini ada bau tersendiri. Kalau (emas) tiruan baru dia lain. Cium dan tidur dengan emas rasa seronok. Rasa sejuk,” katanya kepada Kosmo! Online ketika ditemui pada majlis pelancaran kedai emas Siti Jewels cawangan Gelang Patah di sini semalam.

Ditanya sama ada dia suka memewahkan isteri, Datin Seri Nur Shahida dengan barang emas, Aliff, tidak menafikan perkara terbabit, namun dengan ‘budaya’ tersendiri.

Katanya, dia mempunyai koleksi atau simpanan emas berasingan yang tidak dikongsikan dengan isteri tersayang.

“Simpanan emas kami berdua asing. Ini emas kau, ini emas aku tapi barang kemas yang saya simpan dia boleh pakai.

“Kalau saya mati, cerita dia akan jadi lain. Bukan isteri yang banyak (emas), tapi saya yang ada barang kemas berlambak,” ujarnya yang bertindak sebagai duta Siti Jewels.

Turut hadir pada majlis terbabit ialah pengasas Siti Jewels, Solehhuddin Shamsuddin.

Pembukaan Siti Jewels di Gelang Patah, Johor merupakan cawangan yang kelima selepas di Cheras, Shah Alam dan Wangsa Maju dan Ipoh (Perak). – KOSMO! ONLINE

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN