fbpx
GAMBAR fail seorang wanita menjual cili di Tha Ley, Myanmar. - Foto AFP

Sisa racun ditemukan dalam cili

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Sisa racun makhluk perosak, racun rumpai dan toksin kulat dikesan dalam cili yang dieksport dari Myanmar ke Thailand, lapor portal berita The Nation hari ini yang memetik kenyataan Kementerian Pertanian, Penternakan dan Pengairan.

Menurut pihak berkuasa, ujian makmal terhadap sampel cili kering dan segar yang dieksport ke Thailand mendedahkan sisa racun makhluk perosak Chlorpyrifos dan Triazophos, racun rumpai Glyphosate serta toksin kulat Aflatoksin.

Produk yang tercemar itu dihantar oleh 11 syarikat melalui stesen kuarantin tumbuhan sempadan Myawaddy dan sebuah firma lain melalui stesen Mawtaung, tambah kementerian sama.

Susulan penemuan tersebut, kementerian tersebut mengumumkan bahawa syarikat yang merancang untuk mengeksport cili ke Thailand mesti menghantar sampel produk untuk diuji di Makmal Ujian Kualiti Hasil Pertanian yang mempunyai tauliah ISO-17025 di bawah Jabatan Perlindungan Tumbuhan sebelum penghantaran diluluskan.

Aflatoksin boleh ditemukan dalam tanaman seperti jagung, cili, kunyit, kacang dan biji bunga matahari.

Namun, ia paling kerap ditemukan dalam kacang tanah serta cili. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN