fbpx
Mohd Khalid pada Istiadat Konvokesyen Kolej Unikop di Maktab PDRM Kuala Lumpur, hari ini. Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON/KOSMO!

Unikop lahir modal insan berintegriti, selari keperluan industri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Kolej Unikop berperanan signifikan dalam melahirkan modal insan berintegriti dan berkualiti menerusi penawaran kurikulum yang relevan serta praktikal, selari dengan keperluan semasa industri penguatkuasaan negara.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, sebagai institusi yang komited dalam bidang penguatkuasaan, Unikop diberi tanggungjawab penting untuk membentuk graduan bukan sahaja berilmu, malah memiliki jati diri dan kekuatan jiwa.

“Di sinilah lahirnya modal insan berintegriti dan berkualiti, generasi yang diasuh mindanya serta diperkasakan jiwanya. Semoga pencapaian para graduan pada hari ini menjadi obor yang menerangi langkah menuju kejayaan yang lebih cemerlang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Istiadat Konvokesyen Kolej UNIKOP Ke-5 bertemakan Sebuah Legasi Kejayaan, Melakar Masa Depan yang berlangsung di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Mohd Khalid turut menyuarakan hasrat untuk melihat Kolej Unikop berkembang sebagai sebuah institusi pendidikan bertaraf antarabangsa.

“Hasrat ini memerlukan sokongan, bantuan dan kerjasama daripada seluruh kepimpinan PDRM, para graduan serta ahli keluarga yang banyak menyumbang kepada kemajuan Unikop,” katanya.

“Konvokesyen yang berlangsung selama dua hari itu meraikan seramai 1,005 graduan daripada pelbagai bidang pengkhususan, selain menyaksikan penyampaian Anugerah Ketua Polis Negara kepada Julia Qistina Haiqal Mohd. Hafiz, graduan Diploma Investigation Services yang membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000 berserta Gold Coin.

Seramai 10 graduan lain turut menerima Anugerah Pelajar Terbaik dengan membawa pulang wang tunai RM200 dan Silver Bar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI